Followers

Tuesday, 16 October 2012

Fenomena Lingkaran Halo


2 October 2012 yang lalu pastinya ramai di antara kita di sekitar Lembah Klang berpeluang serta dapat menyaksikan satu lagi tanda kekuasaan Allah iaitu kejadian Lingkaran Halo.

Lebih kurang dalam pukul 12.20 tengah hari ChentaQasehMeraa menerima call dari adik ipar.

Adik Ipar : Kak, cuba g kt luar tgk langit..
ChentaQasehMeraa : Nape?
Adik Ipar : Cuba tengok pada matahari..Ada lingkaran pelangi disekelilingnya.
ChentaQasehMeraa : Dari dalam opis cuba gak tengok..Kot2 leh nampakkan..toleh kanan..toleh kiri..Tak der nmpak matahari pn.. (Dah tentu2 lah x nmpak kn matahari..Bukan nya pe ChentaQasehMeraa x nak g kt luar pn takut t bos turun x pasal2 kna warning lak kan..). So ChentaQasehMeraa suruh lah adik ipar tu amik gambar.

So nie lah gambar yang sempat adik ipar ChentaQasehMeraa snap tuk dikongsikan bersama blogger sumer..




Halo atau lingkaran halo merupakan lingkaran putih atau berwarna atau lingkaran pelangi yang mengelilingi di sekitar benda angkasa (misalnya bulan atau matahari).
Sumber BERNAMA : Menurut kenyataan Agensi Angkasa Negara (Angkasa), terdapat pelbagai jenis Halo secara umumnya muncul disebabkan kristal ais pada awan cirrus sejuk yang  berada pada ketinggiaan lima hingga 10 kilometer di lapisan atas troposfera.
Ia bergantung pada bentuk dan arah kristal ais, cahaya matahari yang dipantul dan dibiaskan oleh permukaan ais berbentuk prisma sehingga sinaran matahari terpecah kepada beberapa warna kerana kesan sebaran udara dan dipantulkan ke arah tertentu, sama seperti kejadian pelangi.
Angkasa dalam kenyataannya dinasihatkan orang ramai agar berhati-hati apabila melihat atau merakamkan gambar Halo secara telus tanpa penurus matahari kerana ia memberi kesan yang merbahaya kepada mata.

Tuesday, 2 October 2012

Doa Supaya Menjadi Orang Yang Sabar


Doa harian yang ChentaQasehMeraa paparkan ini adalah Doa Supaya Menjadi Orang Yang Sabar..

Sesungguhnya orang yang bersabar amat di sukai Allah S.W.T.

Semoga dengan sentiasa mengamalkan doa ini Insya ALLAH dapat membantu kita menjadi orang yang sabar serta tabah dalam menghadapi dugaanNYA....

                   

Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir" 
(Surah Al- Baqarah 250)

Monday, 1 October 2012

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58


"SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM"

Kali nie ChentaQasehMeraa nak kongsikan ckit info sal RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58.

Diantara fadhilat SURAH YASSIN AYAT 58:
  
Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut serta diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan MahaKuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM

     ~ ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku

2) YA-ALLAH YA-RAHMAN
     ~ 
kurniakan aku isteri, suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam


3) YA-ALLAH YA-RAZZAK
     ~ kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya di dunia dan akhirat.

4) YA-ALLAH YA-JABBAR
     makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR
     ~ jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin

6) YA-ALLAH YA-WADUUD
     ~ kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM
     ~ makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.......Aminnnnn....

Wednesday, 22 August 2012

Syawal 2012


Salam Syawal 2012, Chentaqasehmeraa ucapkan. Tersalah bahasa tersilap kata Chentaqasehmeraa mohon kemaafan.

Syawal yang  ke 4 nie baru lah Chentaqasehmeraa berkesempatan untuk berkeudara. 

Semoga anda berhati2 di dalam perjalanan dan semoga sampai ke destinasi yg dituju..

Thursday, 26 July 2012

Ramadhan bertandang LAGI.....


SYUKUR......Alhamdullilah.......KepadaMU Ya ALLAH..
Ramadhan bertandang LAGI...


Sesungguhnya RAMADHAN satu2nya bulan yang sangat2 dinantikan oleh umatMU......
 BULAN MULIA DAN BULAN YANG PENUH DENGAN BARAKAH...


Seperti dalam Sabda Nabi Muhammad s.a.w :
 "Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan (maghrifah)
dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka"...


Ya ALLAH....Engkau telah berikan kesempatan INI kepada diriku....
Kaum keluargaku....Saudara maraku...
Sahabat handaiku....
Muslimin serta muslimat untuk merasai nikmat MENYAMBUT BULAN RAMADHAN INI...


Ya ALLAH kau berkatilah dan rahmatilah amalan ibadah kami serta pertingkatkanlah keimanan kami...Amin...


Akhir kata dari ChentaQasehMeraa "Salam Ramadhan Al Mubarak"...