Followers

Wednesday, 13 June 2012

Litar Pintas


Hari ini dalam Sejarah........Tanggal 06062012 bersamaan hari Rabu detik jam lebih kurang 9 malam...

Sedang asyiiiiikkkkkkkkk ChentaQasehMeraa layan melayari Internet di bilik smbil tekun tuk membuka laman sesawang online banking (maklumlah nie dah terlambat nk wt pembayaran dan due date nya dah over pun....hihihihiii)...

Alaaa haaiiiiiiii....Line broadband mmg slowww sesangaattttttttt time nie.........Tekun punya tekun dok tgk screen laptop tetiba sahaja...tup...telinga terdengar bunyi POP...POP....POP...POP... Begitu pantas mata ChentaQasehMeraa pun memandang ke arah wayer yang terdapat di plug...TERGAMAM seketika.............................Dalam keadaan TERKEJUT, TERGAMAM dan TAKUT yang menghantui diri ChentaQasehMeraa pada saat itu... mana tak nyer terdapat percikan api yang kecik dari wayer laptop...Perasaan terkejut yang amat sangat apabila ChentaQasehMeraa dapati wayer laptop sudah pun malatooooooop...secara SPONTANNYA ChentaQasehMeraa menjerit OH...... (kuat tul jeritan tue)....

Sambil  2 Otak turut membayangkan pelbagai KEMUNGKINAN2...ada nyer percikkan api tersebut KEMUNGKINAN memberi effect kpd peralatan elektrik yang berhampiran...serta KEMUNGKINAN letupan......(TIDAAAKKKKKKKK.....!!!!). Dengan sepantas KILAAATTTTT...... cepat2 ChentaQasehMeraa padamkan suis utama..... Ku semangat Ku semangat.....Sib baek x der pe2 yg berlaku.....Cuma wayer laptop shj yg terbakar......... Naahuzubilllahhhh..... Dijauhkan hambamu ini dari perkara2 sedemikian rupa........... Dan Syukur2 Alhamdulillah....Kepada YANG MAHA ESA.....

Seketika kemudian Sya2 anak saudara ChentaQasehMeraa (berusia 4 tahun) datang membuka pintu bilik, walaupun mamanya telah melarang jangan buka pintu bilikku.. Larangan tersebut cuma hanya ingin memastikan keselamatan si kecil shj....Lalu si kecik Sya2 bertanya : Cik B nape2......Ringkas jawabku wayer laptop terbakar...Dah p jauh2 jgn dtg dkt (dlm nada marah).. Sya2 berkata lagi : dah Cik B dah....x pe x pe esok kta bli baru..Perasaan marah tadi bertukar menjadi senyuman...Sejuk telinga mendengar jawapan si kecik Sya2..

Namun, apa yg berlaku ini ChentaQasehMeraa jadikan sebagai pengajaran dan iktibar..

(Hurmmmmmm.....Nampak gaye nyer tak leh lah ChentaQasehMeraa nak berserve internet kat umah lagi kan pas nie...Hmmmmm.....takpe ler amik kesempatan lah gunakan PC kt opis lak...kihkihkih).........

Sepintas lalu, meh kita sharekan serba sedikit panduan langkah2 pencegahan litar pintas:

1) Perkara utama pastikan keadaan tgn kering apabila ingin menyentuh / memasang wayer elektrik.

2) Elakkan memasang penyesuai pada penyambung wayer kerana ianya tidak stabil. Litar pintas berlaku terutamanya disebabkan oleh muatan yang berlebihan kerana ia membawa kepada kesan pemanasan dan boleh menyebabkan pelarian api.

3) Jika masih mahu memasang penyesuai pada penyambung wayer pastikan kapasiti muatannya dan keberkesanan keselamatan serta jumlah voltan perkasasan elektrik berkenaan dalam lingkungan faktor keselamatan.


4) Cara terbaik untuk mencegah litar pintas pastikan bahawa pendawaian SEMUA dipasang dan / atau diservis / dibaiki oleh Juruelektrik Profesional dan berlesen. Kerana semua kerja yang dilakukan oleh juruelektrik ini mematuhi semua kod yang terpakai serta keselamatan sistem yang digunakan terjamin.

5) Pastikan produk2 yang digunakan menepati lembaga piawaian kebangsaan contohnya spt SIRIM.

6) Jika berlaku guruh dilangit : Pastikan segala peralatan elektrik ditutup terlebih dahulu untuk mengelakkan lintar pintas. Serta elakkan berada dekat dengan barang berbesi untuk kurangkan risiko terkena kilat.

7) Gunakan suis pemutus untuk mengelakkan sebarang litar pintas di sebuah rumah. Kita sepatutnya mempunyai panel elektrik dengan saiz yang betul pemutus litar. Pemutus ini dipasang untuk memberi tindak balas kepada beberapa litar di dalam rumah yang dikawal oleh Kod Elektrik.

Semoga langkah2 pencegahan diatas turut membantu dalam mencegah kejadian litar pintas dan sikap berhati-hati amat penting dalam kita mengendalikan penggunaan barangan elektrik seharian kerana akibat dari kesan renjatan lintas pintas yang kuat ini mungkin mampu merosakan peralatan elektronik dan perkakas elektrik yang digunakan terutama amp, speaker dan sebagainya. Yang paling teruk akibat daripada litar pintas ini boleh melibatkan kebakaran besar, kematian serta turut juga memusnahkan dan merosakkan harta benda.

Sekian, coretan ChentaQasehMeraa kali ini -:)

No comments: