Hari nie ChentaQasehMeraa nk berciter sal Mee Celopppp......Dari sumber yang diperolehi (google) Mee Celop merupakan makanan yang amat terkenal di negeri Kelantan "Cik Siti Wan Kembang".
"Mee Celop" "cam citer "Apa Celop" lak kekekekee...(yg penah ditayangkan dekat TV3 tueee)....
Buat pertama kalinya ChentaQasehMeraa telah merasai Mee Celop dekat Sri Gombak. Itu pun ketika kuar lunch ngn kakak2 serta kengkawan2 kt tempat keje (tahun lepas...dahhhh lama punnn....)..Sume kengkawan telah sepakat nak makan Mee Celop..
Mee Celoppp ????
Herannnnnnnnnn!!!! tak penah dengar punnnn... Stail cam ner lak mee nie dimasak yeakkkk...(Terfikir2 gak niee.....blurrr seketika...) Pelik kan nama mee nie. Kenapa panggil Mee Celop??? Baru taw rupa2 nya dipanggil Mee Celoppp kerana bahan2 nya spt Mee, Kangkung, Taugeh (jika suka) akan dicelop (terlebih dahulu ke dalam sup yang telah disediakan)....Jadi sebab itulah di gelar Mee Celoppp....
Bagi ChentaQasehMeraa Mee Celop mempunyai rasa nyer tersendiri. Rasa nya pun tidak sama cam Meehun Sup Biasa mahupun Meehun Sup Utara. Keenakkan serta kelazatan Mee Celop bertambah sedap dengan adanya bahan2 tambahan spt kacang tanah, serbuk cili, ikan bilis yg di goreng, limau nipis dan sayur kangkung bagi menaikkan lagi rasa Mee Celop tersebut.
Dengan perasaan berkobar2 dan keinginan mahu mencuba masak Mee Celop, ChentaQasehMeraa pun search laa resepinya terlebih dulu..
Hari minggu yg lalu dengan rajinnya ChentaQasehMeraa pun memasak lah Mee Celop. Master Chef dekat umah dah turun dapur nie...ahaks3....
So jom kita lihat bahan2 pe yg diperlukan tuk membuat Mee Celop nie:-
Bahan-bahan nya:
1/2 Kg Mee kuning
1/2 Kg Mee kuning
1/2 Kg Kuew tiew
Ikan bilis ( 1 genggam)
Kacang tanah ( 1 genggam)
Kangkung (secekak)
Serbuk cili
Ikan bilis ( 1 genggam)
Kacang tanah ( 1 genggam)
Kangkung (secekak)
Serbuk cili
Garam
3 Ulas Bawang putih
1 Biji Bawang Merah Besar
Serbuk perasa
Serbuk rempah sup
1 Biji Limau nipis (dipotong)
Sup bunjut
Daun sup ( lebih kurang 0.50 sen)
Bawang goreng (bawang putih goreng *optional)
1/2 Kg tulang daging
1/2 Kg daging
sedikit lengkuas
2 ltr air kosong
Cara2 nya:
1) Panaskan minyak masak di dalam kuali.
2)Gorengkan ikan bilis agak2 garing. Ketepikan. Kemudian goreng kacang tanah sampai keperangan. Ketepikan dan apabila sejuk tumbuk kacang tanah tadi (tidak terlalu hancur)
3) Serbuk cili * Optional ChentaQasehMeraa sangaikan dlu.
Cara menyediakan sup:
1) Panaskan minyak ke dalam periuk. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan lengkuas.
2) Masukkan serbuk rempah sup serta tumiskan sampai pecah minyak. Kemudian masukkan air serta rempah sup bunjut. Seketika kemudian masukkan tulang daging dan daging yang telah dihiris serta masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya. Biarkan sampai mendidih.
Cara-cara menyediakan mee celup:
1) Asingkan sedikit kuah sup yg telah masak. Ambik mee kuning, kuew tiew dan kangkung serta dicelupkan seketika ke dalam kuah sup yg masih panas tadi.
2) Lepas tu masukkan ke dalam mangkuk dan curahkan kuah sup tadi (panas) serta taburkan kacang tumbuk, ikan bilis goreng, serbuk cili, bawang goreng, daun sup dan sedikit limau nipis.
Cadangan Hidangan: Dihidangkan ketika masih panas.
Mee Celop yang telah siap dihidangkan |
Makan time panasssss2......Perghhhh.... Mak aiiii...tinggal setongah ajo lai...sodap bonar....-:) |
ChentaQasehMeraa....SANGATTT2.......berpuas hati dengan percubaan pertama ini dalam menghasilkan Mee Celoppp..
Mmmmmmm....RASANYA memang sama seperti pe yang ChentaQasehMeraa makan ketika di Sri Gombak duluuuuuuuuu..
No comments:
Post a Comment