Followers

Friday, 18 May 2012

Warna Oh Warna


ChentaQasehMeraa ingin kongsikan entry yg pertama ini berkenaan dengan beberapa fakta yang tlh dikumpulkan yg berkaitan dengan warna.
Mengikut kajian ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada 4 warna primer:
                                    - Merah, Hijau, Kuning dan Biru
                               

Mengapakah warna-warna ini penting ?

Kerana..........Warna mempunyai fungsi yang tersendiri dan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian kita.

Identiti ataupun tanda pengenalan dapat dikenal pasti melalui warna. Warna juga mempengaruhi psikologi spt suasana, perasaan, dan keperibadian manusia. Sesetengah warna tertentu ataupun warna-warna yang telah dikombinasikan memiliki ciri-ciri tersendiri dan turut memberi impak yang berbeza-beza.

Warna juga memaparkan nilai estetik spt keindahan dan penggunaan warna yang tepat pada sesuatu akan mampu memberi gambaran yang lebih menarik pada benda tersebut. Disamping itu juga warna turut menggambarkan nilai alamiah. 

Jom kita lihat apakah maksud warna-warna kesukaan & kegemaran anda ini disebalik namanya..
  
MERAH
Melambangkan keriangan, marah dan penyayang. Mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan dan persaingan.

MERAH TERANG
Merah yang berlebihan akan membawa kepada tekanan. Merah pekat pula akan melambangkan keagresifan yang akan membawa kemarahan, walaubagaimanapun merah amat berguna buat mereka yang merasa malas atau kehilangan tenaga kerana ia akan membarakan perasaan yang lemah.

MERAH JAMBU / PINK
Melambangkan kesempurnaan, keayuan, kesantunan dan feminim. Warna cinta sejati dan romantik. Melahirkan rasa untuk berkongsi tenaga, emosi dan perasaan. Merupakan warna kasih sayang sama ada secara emosi dan fizikal.

BIRU
Melambangkan ketenangan, kesempurnaan, kejujuran dan kemuliaan. Melambangkan perasaan dan emosi seorang lelaki.

BIRU MUDA
Warna ini melambangkan kesungguhan cita2 dan keazaman. Dikaitkan dengan perasaan kasih dan sayang, pelindung, tidak berubah fikiran, kerasa kepala, teguh, sering bangga diri dan berpendirian tetap. Melambangkan kelembutan hati seorang perempuan.

BIRU TUA
Melambangkan rajin, berdedikasi, konsentrasi, kooperatif, cerdas, kejujuran,  patriotik. ketenangan, bijaksana, tidak mudah tersinggung dan ramai kawan. Warna ini digunakan sebagai warna korporat.

BIRU TURQUOIS
Melambangkan warna kehendak pertumbuhan spiritual dan ketegangan. Merupakan warna yang paling sesuai untuk membuat sebarang keputusan yang penting dan turut melambangkan kesedihan.

PUTIH
Melambangkan kesucian hati dan amanah dan membersihkan dan mengubati orang lain.

KUNING
Warna ini melambangkan kegembiraan. Warna ini mempunyai sifat : selamba, santai, tenang dan tidak terkesan dengan masalah. Berubah-ubah tapi penuh harapan, mempunyai cita-cita setinggi langit dan semangatnya juga tinggi. Warna kuning yang berlebihan boleh menyebabkan seseorang itu menjadi diktator dari segi pemikiran. Warna kuning yang lebih cerah menunjukkan keaslian dalam aktiviti pemikiran. Sifatnya sederhana tetapi unik, menonjol & berhati2. Warna kuning yang lebih gelap menunjukkan pemikiran yang lebih condong ke arah keceriaan dan bersangka buruk.

HIJAU
Melambangkan keremajaan,  adanya suatu keinginan, ketabahan dan keteguhan hati. Mempunyai keperibadian yang tegas, berprinsip dan berkuasa. Warna ini mempunyai sifat : meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih hebat dan mengatasi orang lain. Orang yang menyukai warna ini umumnya suka dipuji, mudah menasihati orang lain. Memaparkan kemudahan, sejuk, ketenangan, kesejahteraan dan sentiasa ingin memperbaiki serta melambangkan perasaan cemburu apabila warnanya bertambah.

OREN
Melambangkan sifat bersemangat dan komited terhadap kerja dan hidup.

COKLAT
Melambangkan keselamatan material, kekayaan, kematangan dan bertanggungjawab. Warna tanah yang sentiasa menyimpan tenaga dan seterusnya memberi tenaga kepada pertumbuhan yang baru. Ia juga melambangkan keadaan merendah diri dan suka persaingan, tidak suka beralah, kurang toleran, sukar bertolak ansur, dan mempunyai prasangka terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa.

UNGU

 Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat unik hasil campuran kedua-dua sifat warna tersebut. Perpaduan antara keintiman dan kemesraan, erotik, dan berperasaan mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti. Ia juga Melambangkan kewanitaan dan keibuan. Warna untuk pertumbuhan spiritual falsafah kejayaan dan sikap yang positif.

KELABU
Warna ini tidak menunjukkan makna yang jelas. Tidak terang dan ia dikategorikan sebagai unik dan sukar dikaitkan kepada kecenderungan psikologi. Warna ini sifatnya lebih kepada NEUTRAL.

HITAM
Warna ini melambangkan sofistikated, kesedihan dan keseorangan. Ianya memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakkan dan kepunahan. Meluahkan sesuatu secara rasmi, sugul dan dramatik. Membuatkan yang muda kelihatan dewasa.

Kesimpulannya :

Secara umum sejak dahulu warna diketahui mempunyai pengaruh terhadap manusia. Di zaman era kemodenan & kecanggihan ini pula penggunaan warna telah diguna pakai serta dimanfaatkan secara meluas di dalam dunia otomotif, dunia fesyen & pakaian, permainan dan sebagainya.

Warna juga dapat mengubah citarasa, mempengaruhi cara pandang kita, akan ruang, menutupi ketidaksempurnaan dan mewujudkan suasana atau kenyamanan yang unik untuk semua orang.

Warna adalah cara yang paling pantas dan paling kuat untuk menghadirkan transformasi dan melahirkan perspektif-perspektif baru. Warna adalah salah satu inspirasi paling berharga dunia yang paling mudah didapati.

No comments: