........Sungguh touching in my heart......semasa ChentaQasehMeraa menonton drama bersiri Slot Samarinda 7 Ramadhan yang mula disiarkan semalam di TV3 sempena kedatangan bulan Ramadhan tahun ini....Dan syahdu sesangat.....Melihatkan jasa dan pengorbanan seorang ibu.......Sebak ChentaQasehMeraa nak (T_T) dan (;_;)...
Drama arahan dan juga penulis skripnya Shahrulezad Mohamedin ini adalah terbitan daripada Radius One yang turut dibintangi oleh Elly Suriati, Fir Affandi, Ana Dahlia, Tania Zainal, Mustapha Kamal, Sherry Abdullah, Nabila Huda dan Roy Azman. Ia mengisahkan Sufiah(lakonan Elly Suriati) yang tinggal di kampung seorang diri dan bekerja mengambil upah mengurut orang, membuat kuih demi menyara anaknya, Ramadhani yang amat dikasihi.
Setelah Ramadhani atau Dhani ni dewasa dan tamat belajar di universiti, kini tibalah masa untuk Dhani mendapat ijazah.
Pada 7 Ramadhan juga merupakan hari konvokensyen Dhani dan jua hari peristiwa hitam dalam hidup Sufiah kerana pada hari itu anaknya bernama Iqram mati.
Sufiah tidak akan lupa tarikh 7 Ramadan itu serta peristiwa anak mati akibat dicampak oleh suaminya, Mustaza yang kini berada di penjara. Dhani menegah Sufiah hadir ke majlis konvokesyennya kerana dia tidak mahu teman wanitanya, Anna mengetahui tentang ibunya. Demi mengambil hati ibu Anna, Datin Audrey yang mementingkan darjat, Dhani telah berbohong bahawa dia sebenarnya seorang anak orang kaya yang diabaikan oleh ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan kerja. Dhani yang sudah bosan hidup dalam kemiskinan nekad untuk berubah hidupnya dan masuk ke dalam keluarga Anna yang mewah walaupun terpaksa melukai hati ibunya, Sufiah.
Saksikanlah Drama bersiri 7 Ramadhan ini.
Yang baik dijadikan tauladan yang buruk pula dijadikan sempadan. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan ibubapa dibawa sampai ke Syurga...InsyaAllah (o^-^o)...
No comments:
Post a Comment