For this time Chentaqasehmeera nak paparan isu Long Distance Relationship (LDR) / Percintaan Jarak Jauh ( PJJ). Chentaqasehmeera tertarik sgt dgn isu nie kerana Novel “CINTA YANG KURASA”, hasil nukilan “ANIS AYUNI” terbitan “ALAF 21” yang tlh dibaca turut menyingkap kisah perjalanan persahabatan dan diikuti kisah percintaan di antara Laila dan Mir. Pelbagai dugaan yg mereka tempuhi dlm menjalinkan CINTA ( LDR / PJJ ) ini. Namun dugaan demi dugaan mereka lalui dengan ketabahan sehinggalah terjalinnya satu perhubungan yg suci.
LDR / PJJ ini sebenarnya banyak menguji tahap kesetiaan, keikhlasan, kejujuran, kepercayaan & kesabaran bagi mereka yg melalui situasi ini. Berjayanya Long Distance Relationship (LDR) / Percintaan Jarak Jauh ( PJJ) ini bergantung kepada individu itu sendiri. Faktor tarikan dan tolakan juga menjadi penyumbang utama dalam lancarnya sesuatu perhubungan Long Distance Relationship (LDR) / Percintaan Jarak Jauh ( PJJ).
Kesetiaan merupakan tunggak utama kerana sifat inilah yg akan membantu perjalanan sebuah persahabatan ataupun perikatan. Kedua2 belah pihak memainkan peranan yang penting agar masing2 mampu mempertahankan benteng persahabatan / perhubungan. Dengan adanya kesetiaan , mereka tidak mudah rapuh dan berpaling pada yg lain seandainya ada godaan luar yg datang serta mampu mempengaruhi mereka.
Keikhlasan dan kejujuran dalam perhubungan ini amat dititik beratkan. Seolah2 ada perkaitan di antara satu sama lain. Setiap kata2 ataupun perbuatan perlulah ikhlas. Keikhlasan itu secara automatiknya turut menggambarkan kejujuran diri anda. Tidak perlu ada sifat yg berselindung atau menyembunyikan diatas ketidaksukaan anda itu. Dengan berterus terang dpt melahirkan rasa apa yg tersimpan di dalam hati maka kerana persefahaman dan kata sepakat itu jua lah yg boleh meleraikan kekusutan yg terjadi.
Kepercayaan turut menjadi salah satu faktor yg bisa membuatkan LDR / PPJ berjalan dengan lancarnya. Kepercayaan kepada diri sendiri dan juga kepercayaan kepada pasangan perlu ada. Saling mempercayai diantara satu sama lain turut membantu walaupun terpisah jauh di antara 2 benua.
Selalu berhubung juga dapat meningkatkan keyakinan serta kepercayaan terhadap pasangan. Jarak yg memisahkan ini bukanlah menjadi kayu ukuran utama kerana di zaman teknologi canggih ini pelbagai talian komunikasi yg membolehkan anda berkomunikasi dan berinteraksi di antara satu sama…Maklumat di hujung jari lah dikata.. Sejajar dengan ledakan dan perkembangan IT jaringan facebook, twitter, bbm, whatsapp, instagram, blog, dan banyak lagi mampu mendekatkan hubungan yg jauh. Spt saling bertanya khabar diantara satu sama lain. Sebagai contah hari ini si dia bertanya khabar tentang diri anda. Kemudian selang beberapa hari anda pula bertanya khabar tentangnya. Jangan terlalu mengharap satu pihak sahaja utk menghubungi. Di sini jelas menunjukkan komitment itu penting agar saling bertolak ansur di antara satu sama lain.
Berjumpa dan menyambut hari ulang tahun bersama melambangkan keprihatinan anda. Sifat ini lah menunujukkan anda seorang yg mengambil berat. Walaupun jauh anda sanggup bertemu dengan si dia. Perjumpaan yang hanya seketika juga dapat mengubati hati yg rindu serta dapat mengeratkan perhubungan.
Setiap apa yg di usahakan mesti lah diiringi dgn doa. Agar perhubungan diberkati ALLAH. Sesungguhnya ALLAH sentiasa membantu umatnya jika mereka sentiasa berusaha dan bertawakal kepadaNYA.
Secara kesimpulannya kedua-dua belah pihak haruslah memainkan peranan masing2 dan ini merupakan main point agar Long Distance Relationship / Percintaan Jarak Jauh (PPJ) ini dapat berjalan dengan lancar atau pun sebaliknya.
Secara kesimpulannya kedua-dua belah pihak haruslah memainkan peranan masing2 dan ini merupakan main point agar Long Distance Relationship / Percintaan Jarak Jauh (PPJ) ini dapat berjalan dengan lancar atau pun sebaliknya.
No comments:
Post a Comment