Followers

Sunday, 27 May 2012

Long Distance Relationship (LDR) / Percintaan Jarak Jauh (PJJ)


For this time Chentaqasehmeera nak paparan isu Long Distance Relationship (LDR) / Percintaan Jarak Jauh ( PJJ). Chentaqasehmeera tertarik sgt dgn isu nie kerana Novel “CINTA YANG KURASA”, hasil nukilan “ANIS AYUNI” terbitan “ALAF 21” yang tlh dibaca turut menyingkap kisah perjalanan persahabatan dan diikuti kisah percintaan di antara Laila dan Mir. Pelbagai dugaan yg mereka tempuhi dlm menjalinkan CINTA ( LDR / PJJ ) ini. Namun dugaan demi dugaan mereka lalui dengan ketabahan sehinggalah terjalinnya satu perhubungan yg suci.


LDR / PJJ ini sebenarnya banyak menguji tahap kesetiaan, keikhlasan, kejujuran, kepercayaan & kesabaran bagi mereka yg melalui situasi ini. Berjayanya Long Distance Relationship (LDR) / Percintaan Jarak Jauh ( PJJ) ini bergantung kepada individu itu sendiri. Faktor tarikan dan tolakan juga menjadi penyumbang utama dalam lancarnya sesuatu perhubungan Long Distance Relationship (LDR) / Percintaan Jarak Jauh ( PJJ).

Kesetiaan merupakan tunggak utama kerana sifat inilah yg akan membantu perjalanan sebuah persahabatan ataupun perikatan. Kedua2 belah pihak memainkan peranan yang penting agar masing2 mampu mempertahankan benteng persahabatan / perhubungan. Dengan adanya kesetiaan , mereka  tidak mudah rapuh dan berpaling pada yg lain seandainya ada godaan luar yg datang serta mampu mempengaruhi mereka.  

Keikhlasan dan kejujuran dalam perhubungan ini amat dititik beratkan. Seolah2 ada perkaitan di antara satu sama lain. Setiap kata2 ataupun perbuatan perlulah ikhlas. Keikhlasan itu secara automatiknya turut menggambarkan kejujuran diri anda. Tidak perlu ada sifat yg berselindung atau menyembunyikan diatas ketidaksukaan anda itu. Dengan berterus terang dpt melahirkan rasa apa yg tersimpan di dalam hati maka  kerana persefahaman dan kata sepakat itu jua lah yg boleh meleraikan kekusutan yg terjadi.

Kepercayaan turut menjadi salah satu faktor yg bisa membuatkan LDR / PPJ berjalan dengan lancarnya. Kepercayaan kepada diri sendiri dan juga kepercayaan kepada pasangan perlu ada. Saling mempercayai diantara satu sama lain turut membantu walaupun terpisah jauh di antara 2 benua.

Selalu berhubung juga dapat meningkatkan keyakinan serta kepercayaan terhadap pasangan. Jarak yg memisahkan ini bukanlah menjadi kayu ukuran utama kerana di zaman teknologi canggih ini pelbagai talian komunikasi yg membolehkan anda berkomunikasi dan berinteraksi di antara satu sama…Maklumat di hujung jari lah dikata.. Sejajar dengan ledakan dan perkembangan IT jaringan facebook, twitter, bbm, whatsapp, instagram, blog, dan banyak lagi mampu mendekatkan hubungan yg jauh. Spt saling bertanya khabar diantara satu sama lain. Sebagai contah hari ini si dia bertanya khabar tentang diri anda. Kemudian selang beberapa hari anda pula bertanya khabar tentangnya. Jangan terlalu mengharap satu pihak sahaja utk menghubungi. Di sini jelas menunjukkan komitment itu penting agar saling bertolak ansur di antara satu sama lain.

Berjumpa dan menyambut hari ulang tahun bersama melambangkan keprihatinan anda. Sifat ini lah menunujukkan anda seorang yg mengambil berat. Walaupun jauh anda sanggup bertemu dengan si dia. Perjumpaan yang hanya seketika juga dapat mengubati hati yg rindu serta dapat mengeratkan perhubungan.

Setiap apa yg di usahakan mesti lah diiringi dgn doa. Agar perhubungan diberkati ALLAH. Sesungguhnya ALLAH sentiasa membantu umatnya jika mereka sentiasa berusaha dan bertawakal kepadaNYA.


Secara kesimpulannya kedua-dua belah pihak haruslah memainkan peranan masing2 dan ini merupakan main point agar Long Distance Relationship / Percintaan Jarak Jauh (PPJ) ini dapat berjalan dengan lancar atau pun sebaliknya.

Friday, 18 May 2012

Warna Oh Warna


ChentaQasehMeraa ingin kongsikan entry yg pertama ini berkenaan dengan beberapa fakta yang tlh dikumpulkan yg berkaitan dengan warna.
Mengikut kajian ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada 4 warna primer:
                                    - Merah, Hijau, Kuning dan Biru
                               

Mengapakah warna-warna ini penting ?

Kerana..........Warna mempunyai fungsi yang tersendiri dan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian kita.

Identiti ataupun tanda pengenalan dapat dikenal pasti melalui warna. Warna juga mempengaruhi psikologi spt suasana, perasaan, dan keperibadian manusia. Sesetengah warna tertentu ataupun warna-warna yang telah dikombinasikan memiliki ciri-ciri tersendiri dan turut memberi impak yang berbeza-beza.

Warna juga memaparkan nilai estetik spt keindahan dan penggunaan warna yang tepat pada sesuatu akan mampu memberi gambaran yang lebih menarik pada benda tersebut. Disamping itu juga warna turut menggambarkan nilai alamiah. 

Jom kita lihat apakah maksud warna-warna kesukaan & kegemaran anda ini disebalik namanya..
  
MERAH
Melambangkan keriangan, marah dan penyayang. Mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan dan persaingan.

MERAH TERANG
Merah yang berlebihan akan membawa kepada tekanan. Merah pekat pula akan melambangkan keagresifan yang akan membawa kemarahan, walaubagaimanapun merah amat berguna buat mereka yang merasa malas atau kehilangan tenaga kerana ia akan membarakan perasaan yang lemah.

MERAH JAMBU / PINK
Melambangkan kesempurnaan, keayuan, kesantunan dan feminim. Warna cinta sejati dan romantik. Melahirkan rasa untuk berkongsi tenaga, emosi dan perasaan. Merupakan warna kasih sayang sama ada secara emosi dan fizikal.

BIRU
Melambangkan ketenangan, kesempurnaan, kejujuran dan kemuliaan. Melambangkan perasaan dan emosi seorang lelaki.

BIRU MUDA
Warna ini melambangkan kesungguhan cita2 dan keazaman. Dikaitkan dengan perasaan kasih dan sayang, pelindung, tidak berubah fikiran, kerasa kepala, teguh, sering bangga diri dan berpendirian tetap. Melambangkan kelembutan hati seorang perempuan.

BIRU TUA
Melambangkan rajin, berdedikasi, konsentrasi, kooperatif, cerdas, kejujuran,  patriotik. ketenangan, bijaksana, tidak mudah tersinggung dan ramai kawan. Warna ini digunakan sebagai warna korporat.

BIRU TURQUOIS
Melambangkan warna kehendak pertumbuhan spiritual dan ketegangan. Merupakan warna yang paling sesuai untuk membuat sebarang keputusan yang penting dan turut melambangkan kesedihan.

PUTIH
Melambangkan kesucian hati dan amanah dan membersihkan dan mengubati orang lain.

KUNING
Warna ini melambangkan kegembiraan. Warna ini mempunyai sifat : selamba, santai, tenang dan tidak terkesan dengan masalah. Berubah-ubah tapi penuh harapan, mempunyai cita-cita setinggi langit dan semangatnya juga tinggi. Warna kuning yang berlebihan boleh menyebabkan seseorang itu menjadi diktator dari segi pemikiran. Warna kuning yang lebih cerah menunjukkan keaslian dalam aktiviti pemikiran. Sifatnya sederhana tetapi unik, menonjol & berhati2. Warna kuning yang lebih gelap menunjukkan pemikiran yang lebih condong ke arah keceriaan dan bersangka buruk.

HIJAU
Melambangkan keremajaan,  adanya suatu keinginan, ketabahan dan keteguhan hati. Mempunyai keperibadian yang tegas, berprinsip dan berkuasa. Warna ini mempunyai sifat : meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih hebat dan mengatasi orang lain. Orang yang menyukai warna ini umumnya suka dipuji, mudah menasihati orang lain. Memaparkan kemudahan, sejuk, ketenangan, kesejahteraan dan sentiasa ingin memperbaiki serta melambangkan perasaan cemburu apabila warnanya bertambah.

OREN
Melambangkan sifat bersemangat dan komited terhadap kerja dan hidup.

COKLAT
Melambangkan keselamatan material, kekayaan, kematangan dan bertanggungjawab. Warna tanah yang sentiasa menyimpan tenaga dan seterusnya memberi tenaga kepada pertumbuhan yang baru. Ia juga melambangkan keadaan merendah diri dan suka persaingan, tidak suka beralah, kurang toleran, sukar bertolak ansur, dan mempunyai prasangka terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa.

UNGU

 Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat unik hasil campuran kedua-dua sifat warna tersebut. Perpaduan antara keintiman dan kemesraan, erotik, dan berperasaan mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti. Ia juga Melambangkan kewanitaan dan keibuan. Warna untuk pertumbuhan spiritual falsafah kejayaan dan sikap yang positif.

KELABU
Warna ini tidak menunjukkan makna yang jelas. Tidak terang dan ia dikategorikan sebagai unik dan sukar dikaitkan kepada kecenderungan psikologi. Warna ini sifatnya lebih kepada NEUTRAL.

HITAM
Warna ini melambangkan sofistikated, kesedihan dan keseorangan. Ianya memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakkan dan kepunahan. Meluahkan sesuatu secara rasmi, sugul dan dramatik. Membuatkan yang muda kelihatan dewasa.

Kesimpulannya :

Secara umum sejak dahulu warna diketahui mempunyai pengaruh terhadap manusia. Di zaman era kemodenan & kecanggihan ini pula penggunaan warna telah diguna pakai serta dimanfaatkan secara meluas di dalam dunia otomotif, dunia fesyen & pakaian, permainan dan sebagainya.

Warna juga dapat mengubah citarasa, mempengaruhi cara pandang kita, akan ruang, menutupi ketidaksempurnaan dan mewujudkan suasana atau kenyamanan yang unik untuk semua orang.

Warna adalah cara yang paling pantas dan paling kuat untuk menghadirkan transformasi dan melahirkan perspektif-perspektif baru. Warna adalah salah satu inspirasi paling berharga dunia yang paling mudah didapati.