Followers

Monday, 25 June 2012

Monday Mood


(Monday Mood)......Huuuuuuuuuuuuu......!! Keletihan yg amat terasa sekali... Mana taknya semalam ChentaQasehMeraa baru pulang dari kampung. Hari nie keja lak kan... Sudah penat bersukaria dengan family sekeluarga, hari nie kena lah ChentaQasehMeraa FOKUS ON KOJE kannnn.... So Koje Koje....

Walaupun hanya DUA hari di kampung tugas UTAMA yang ChentaQasehMeraa kena lakukan of coz la jadi DRIVER SANA SINI...Hari Sabtu penuh dengan aktiviti menjadi DRIVER..Cam biase, pagi sabtu selalunya  ChentaQasehMeraa akan bawa MAK pergi ke pasar TAPAH.. Membeli barang2 basah..sambil2 tue excort mak ler....kihkihkih...Waktu petangnya, ChentaQasehMeraa ke PEKAN TAPAH pula...Berjalan2 sambil ber"shopping" dengan kakak2. Senang ckit mereka nak ber SHOPPING ngan orang pompuan katakanlah...Bolehlah mereka memilih2kan.....taklah rushing sangat.....Sesudah bershopping bagai kami adik beradik pulang ke rumah.

Belum abisss lagi tugasan driver nie. Selepas solat Asar pula ChentaQasehMeraa sekeluarga ke TESCO KAMPAR. Barang2 kering pula mak memborong tuk tempoh2 tertentu. Banyak pilihan katanya di sini. Mak membeli serta "topup" barang2 keperluan dapur  yg lain...Selepas itu kami ke kedai perabut berhampiran kemudian singgah pula ke PASAR MALAM TAPAH...Selepas itu baru lah kami pulang ke rumah..Ahadnya pula waktu tengah hari kami sekeluarga pergi ke rumah owang kawin....Huhuhuh...Penat memang penat...Penuh dan padat sungguh jadual DRIVER aka SUPIR nie...

Di Kampung memang seronok amat seronok tak terkata. PALING BEST nya ChentaQasehMeraa dpt makan masakan EMAK....Ikan Kembung + Belimbing Buluh Masak Lemak Cili Padi, Udang + Nenas Masak Lemak Cili Padi (dahhhhhhhh macam orang negori ajo asyik makan masak lomak....kihkihkih......). Ada pula sambal belacan laawan dengan ikan goreng berebus dan yang SPECIAL nya ada ITIK GORENG BEREMPAH......Wowwww......Delicious SESANGAT....(Sorry x sempat nk snap pic sebok bebenor)..Thanks mom cooking for us.....

Dari TEMOH PERAK KE KUALA LUMPUR perjalanan cuma 2 jam je. Walaupun CUMA 2 jam x lama kan, tapi...tapi... sesudah sampai jek area KL trus ChentaQasehMeraa ngn adik beradik ke GIANT BATU CAVES. Ingatkan nk bli brg dapo skit...tapi x der yg menawan dihati pn...alih2 kami singgah makan KFC jap..Teringin nk mencoba KFC baru nieee......


Kami mencoba " DINNER SET FLAMING CRUNCH"
(Rasa2 pedas pada ayam serta disaluti dengan corn flakes yang ranggup)
Mustiii try - Sedappp
 
Selepas makan kami decide nak ke TESCO SELAYANG pula..TESCO LAGI! Hata banyak pilihan.....Hihihihiiiiii.....Alhamdulillah dapat gak keperluan dapur untuk tempoh seminggu nanti.....

Emmmm....Selepas maghrib baru lah kami sume sampai ke rumah... Kemas2 segala bagai dh pun pukul 9 malam.

Rehat sebentar sambil menonton TV....Kemudian ChentaQasehMeraa pun tdo...Zzzzzzzzzzzzzz......




Friday, 22 June 2012

Hari yang sangat ceria


Salam jumaat.....

Hari nie sesangat lah ceria bagi ChentaQasehMeraa kerana petang nanti sesudah 5.30ptg , ChentaQasehMeraa akan balik kampung bersama2 dengan adk beradik...Rindu yg teramat sangat dgn insan2 tercintaa di desa ( Emak, Ayah, Kak serta anak saudara...Hehehe)...Dptlah mengubat rindu terhadap mereka...

Selain itu hari ini hari yang ceria kerana hari ini adalah hari jumaat hari yang disukai ramai staffs...Of coz lah kerana hari yang paling singkat waktu kerjanya...setengah jam lebih awal ckit dari hari biase (6pm).....

Cepat sangat masa berlalu hari ini...so dah...nak berkemas2 dan bersiap2 nk balik keja dah nie...yeaaaaahhhhhh.....hihihii......

Mee Celop


Hari nie ChentaQasehMeraa nk berciter sal Mee Celopppp......Dari sumber yang diperolehi (google) Mee Celop merupakan makanan yang amat terkenal di negeri Kelantan  "Cik Siti Wan Kembang".

"Mee Celop"  "cam citer "Apa Celop" lak kekekekee...(yg penah ditayangkan dekat TV3 tueee)....

Buat pertama kalinya ChentaQasehMeraa telah merasai Mee Celop dekat Sri  Gombak. Itu pun ketika kuar lunch ngn kakak2 serta kengkawan2 kt tempat keje (tahun lepas...dahhhh lama punnn....)..Sume kengkawan telah sepakat nak makan Mee Celop..

Mee Celoppp ????

Herannnnnnnnnn!!!! tak penah dengar punnnn... Stail cam ner lak mee nie dimasak yeakkkk...(Terfikir2 gak niee.....blurrr seketika...) Pelik kan nama mee nie. Kenapa panggil Mee Celop??? Baru taw rupa2 nya dipanggil Mee Celoppp kerana bahan2 nya spt Mee, Kangkung, Taugeh (jika suka) akan dicelop (terlebih dahulu ke dalam sup yang telah disediakan)....Jadi sebab itulah di gelar Mee Celoppp....

Bagi ChentaQasehMeraa Mee Celop mempunyai rasa nyer tersendiri. Rasa nya pun tidak sama cam Meehun Sup Biasa mahupun Meehun Sup Utara. Keenakkan serta kelazatan Mee Celop bertambah sedap dengan adanya bahan2 tambahan spt kacang tanah, serbuk cili, ikan bilis yg di goreng, limau nipis dan sayur kangkung bagi menaikkan lagi rasa Mee Celop tersebut.

Dengan perasaan berkobar2 dan keinginan mahu mencuba masak Mee Celop, ChentaQasehMeraa pun search laa resepinya terlebih dulu..

Hari minggu yg lalu dengan rajinnya ChentaQasehMeraa pun memasak lah Mee Celop. Master Chef dekat umah dah turun dapur nie...ahaks3....

So jom kita lihat bahan2 pe yg diperlukan tuk membuat Mee Celop nie:-

Bahan-bahan nya:

1/2 Kg Mee kuning
1/2 Kg Kuew tiew
Ikan bilis ( 1 genggam)
Kacang tanah ( 1 genggam)
Kangkung (secekak)

Serbuk cili
Garam
3 Ulas Bawang putih
1 Biji Bawang Merah Besar
Serbuk perasa
Serbuk rempah sup
1 Biji Limau nipis (dipotong)
Sup bunjut
Daun sup ( lebih kurang 0.50 sen)
Bawang goreng (bawang putih goreng *optional)
1/2 Kg tulang daging
1/2 Kg daging
sedikit lengkuas
2 ltr air kosong

Cara2 nya:

1) Panaskan minyak masak di dalam kuali.
2)Gorengkan ikan bilis agak2 garing. Ketepikan. Kemudian goreng kacang tanah sampai keperangan. Ketepikan dan apabila sejuk tumbuk kacang tanah tadi (tidak terlalu hancur)
3) Serbuk cili  * Optional ChentaQasehMeraa sangaikan dlu.

Cara menyediakan sup:

1) Panaskan minyak ke dalam periuk. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan lengkuas.
2) Masukkan serbuk rempah sup serta tumiskan sampai pecah minyak. Kemudian masukkan air serta rempah sup bunjut. Seketika kemudian masukkan tulang daging dan daging yang telah dihiris serta masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya. Biarkan sampai mendidih.

Cara-cara menyediakan mee celup:

1) Asingkan sedikit kuah sup yg telah masak. Ambik mee kuning, kuew tiew dan kangkung serta dicelupkan seketika ke dalam kuah sup yg masih panas tadi.
2) Lepas tu masukkan ke dalam mangkuk dan curahkan kuah sup tadi (panas) serta taburkan kacang tumbuk, ikan bilis goreng, serbuk cili, bawang goreng, daun sup dan sedikit limau nipis.


Cadangan Hidangan:
Dihidangkan ketika masih panas.


Mee Celop yang telah siap dihidangkan
 
Makan time panasssss2......Perghhhh....
Mak aiiii...tinggal setongah ajo lai...sodap bonar....-:)

                                             
ChentaQasehMeraa....SANGATTT2.......berpuas hati dengan percubaan pertama ini dalam menghasilkan Mee Celoppp..

Mmmmmmm....RASANYA memang sama seperti pe yang ChentaQasehMeraa makan ketika di Sri Gombak duluuuuuuuuu..

                                                                                                                                                             
 
 

Monday, 18 June 2012

Bidang Terjun


Bidang Terjun??????? Wow......Cam menarik jer topik nie kan...ChentaQasehMeraa nk share short entry ckit sal topik nie...

Persoalannya.....Pernahkah anda menjadi "Bidang Terjun"....BIDANG TERJUN bermaksud membuat sesuatu secara tiba2...Tapi tak penah tercapai dek akal pun nak jd bidang terjun...

Nak dijadikan citeerrr la kannnnn..Pengalaman sebagai bidang terjun nie ChentaQasehMeraa perolehi semasa menjadi pengapit pengantin adik sepupu pada 02062012 (Sabtu) yang lepas.. ....

Di dalam ruang tamu yg sudah pun penuh dikerumuni oleh tetamu2, sanak saudara n rakan taulan serta jemputan2 pengantin....ChentaQasehMeraa pun tengah sibok nak mencari2 tempat nk duduk nie... Hihihihi...akhirnya dpt gak tempat yang strategik pun........Pengantin dh berdiri di tepi pelamin.....Aikkk!!!..x nmpk pun pengapitnya...macam ader kekalutan yg berlaku lak......Dan baru aje diri bercadang2 nk duduk dahh...datang la seorang mokcik sedara dok mai dekat2 lak tu...Ekehhhh....Ko....Boleh tak tolong makcik..Tolong kejap jek, jadi pengapit pengantin. Mengikut kata pengantin pompuan, kebetulan pulak pasangan pengapit nyer x dpt dtg kerana terpaksa on duty...........x der replace lak tue....Ala kesiannya.................Nahhhhhhh.........Laaahhhh.....Kipas yg di pegang oleh tangan mokcik tadi tu dah pun bertukar tangan kepada ChentaQasehMeraa........Masaalaaaaahhh...Mmmmm...Ala haiiii....On duty lak bebudak pengapit nie pd ari wedding adik sepupu 2...(Mungkin mereka satu tempat keje kot pada fikiran ChentaQasehMeraa).

Makcik2 ChentaQasehMeraa memanggil mokcik sedara tue dan memberitahunya bahawa ChentaQasehMeraa x penah jd pengapit pun. Cam ner yeak...Aaa....x pe x pe...Bgusss lah ko x penah jadi pengapit...Ambik nie sbgai pengalaman...Ko cuma jadi pengapit dia kt perlamin nie je kata mokcik sedara tue.......ChentaQasehMeraa...ChentaQasehMeraa......nk tolak x elok lak...Hmmmm...

Semuanya secara KEBETULAN KAN...Adik sepupu nie pun ChentaQasehMeraa baru kenal masa nie gak.....Yang special skit pasangan kedua2 pengapit adalah POMPUAN.....ekekeekek....

Pengalaman memang lah "0"....Walaupun Dup Dap Dup...Jantung nie...Cuak memang cuak la saat dan ketika nie...Malu dan segan memang ada masa nie. Mengingatkan demi amanah mokcik sedara n adik sepupu ...ChentaQasehMeraa pun kena buat2 seperti owang yang reti and ada pengalaman jd pengapit...

ChentaQasehMeraa pun melangkah naik ke atas Singgahsana Pelamin Pengantin (di dalam hati sempat gak membaca bismillah......Untuk hilangkan perasaan gemuruh...Hihihihi....). Di atas Singgahsana Pelamin Pengantin ChentaQasehMeraa pun berdiri dengan gah nya di sisi pengantin pompuan....

Oooo.......Glamourrrsekejappp....Kebetulan......memang secara kebetulan gak pakaian ChentaQasehMeraa time nie pun ala2 vogue gak......(KihKihKih.....Cewahhh..!!!..Perasaan tul engkau ChentaQasehMeraa.....) Penampilan sedemikian rupa cukup memberi KEYAKINAN DIRI kepada ChentaQasehMeraa...Dari KEYAKINAN DIRI itulah terbitnya keberanian kpd ChentaQasehMeraa....

.....TUE DIA PENGAPIT VERSI BIDANG TERJUN DAH NAK MAIIIIIIII DAH......

Seolah2 spt seorang pengapit yang professional, tangan ChentaQasehMeraa dengan pantas mengambil bantal di kerusi pengantin sambil menyuruh adik sepupu duduk dan betul2kan bantal di paha pengantin...Kipas di tangan ChentaQasehMeraa alunkan ..SLOW2........Muka lak ChentaQasehMeraa FOKUS ke hadapan tetamu....Yang PALING penting muka. Muka tu kena lah cover CUNNNNN KANNNNN.....ala2 gadissssss melayuuuu...KeAYUan gtu...sambil tersenyum2....heheheheee...

Tang nak berposing pun ChentaQasehMeraa interprem...Fullaaaamaaaaak.....bakat2 lagi nie....bakat terpendam taupun terpadam...Kahkahkah.......Satu per satu cara ChentaQasehMeraa tunjukkan untuk berposing pada adik sepupu...x banyak kerenah pn adik sepupu nie n pasangannya....Ikut saje...Bagusssssx2..........

Hilang sume perasaan gementar, cuak n gemuruh tadi....Thanks ChentaQasehMeraa ucapkan kpd anak2 sedara, mokcik2 sedara n tetamu2 yg hadir kerana turut membantu ChentaQasehMeraa.........

(SYUKUR2... MENJADI JUGAK AKHIRNYA PENGAPIT VERSI BIDANG TERJUN CHENTAQASEHMERAA NIE!!!!....)


Wednesday, 13 June 2012

Litar Pintas


Hari ini dalam Sejarah........Tanggal 06062012 bersamaan hari Rabu detik jam lebih kurang 9 malam...

Sedang asyiiiiikkkkkkkkk ChentaQasehMeraa layan melayari Internet di bilik smbil tekun tuk membuka laman sesawang online banking (maklumlah nie dah terlambat nk wt pembayaran dan due date nya dah over pun....hihihihiii)...

Alaaa haaiiiiiiii....Line broadband mmg slowww sesangaattttttttt time nie.........Tekun punya tekun dok tgk screen laptop tetiba sahaja...tup...telinga terdengar bunyi POP...POP....POP...POP... Begitu pantas mata ChentaQasehMeraa pun memandang ke arah wayer yang terdapat di plug...TERGAMAM seketika.............................Dalam keadaan TERKEJUT, TERGAMAM dan TAKUT yang menghantui diri ChentaQasehMeraa pada saat itu... mana tak nyer terdapat percikan api yang kecik dari wayer laptop...Perasaan terkejut yang amat sangat apabila ChentaQasehMeraa dapati wayer laptop sudah pun malatooooooop...secara SPONTANNYA ChentaQasehMeraa menjerit OH...... (kuat tul jeritan tue)....

Sambil  2 Otak turut membayangkan pelbagai KEMUNGKINAN2...ada nyer percikkan api tersebut KEMUNGKINAN memberi effect kpd peralatan elektrik yang berhampiran...serta KEMUNGKINAN letupan......(TIDAAAKKKKKKKK.....!!!!). Dengan sepantas KILAAATTTTT...... cepat2 ChentaQasehMeraa padamkan suis utama..... Ku semangat Ku semangat.....Sib baek x der pe2 yg berlaku.....Cuma wayer laptop shj yg terbakar......... Naahuzubilllahhhh..... Dijauhkan hambamu ini dari perkara2 sedemikian rupa........... Dan Syukur2 Alhamdulillah....Kepada YANG MAHA ESA.....

Seketika kemudian Sya2 anak saudara ChentaQasehMeraa (berusia 4 tahun) datang membuka pintu bilik, walaupun mamanya telah melarang jangan buka pintu bilikku.. Larangan tersebut cuma hanya ingin memastikan keselamatan si kecil shj....Lalu si kecik Sya2 bertanya : Cik B nape2......Ringkas jawabku wayer laptop terbakar...Dah p jauh2 jgn dtg dkt (dlm nada marah).. Sya2 berkata lagi : dah Cik B dah....x pe x pe esok kta bli baru..Perasaan marah tadi bertukar menjadi senyuman...Sejuk telinga mendengar jawapan si kecik Sya2..

Namun, apa yg berlaku ini ChentaQasehMeraa jadikan sebagai pengajaran dan iktibar..

(Hurmmmmmm.....Nampak gaye nyer tak leh lah ChentaQasehMeraa nak berserve internet kat umah lagi kan pas nie...Hmmmmm.....takpe ler amik kesempatan lah gunakan PC kt opis lak...kihkihkih).........

Sepintas lalu, meh kita sharekan serba sedikit panduan langkah2 pencegahan litar pintas:

1) Perkara utama pastikan keadaan tgn kering apabila ingin menyentuh / memasang wayer elektrik.

2) Elakkan memasang penyesuai pada penyambung wayer kerana ianya tidak stabil. Litar pintas berlaku terutamanya disebabkan oleh muatan yang berlebihan kerana ia membawa kepada kesan pemanasan dan boleh menyebabkan pelarian api.

3) Jika masih mahu memasang penyesuai pada penyambung wayer pastikan kapasiti muatannya dan keberkesanan keselamatan serta jumlah voltan perkasasan elektrik berkenaan dalam lingkungan faktor keselamatan.


4) Cara terbaik untuk mencegah litar pintas pastikan bahawa pendawaian SEMUA dipasang dan / atau diservis / dibaiki oleh Juruelektrik Profesional dan berlesen. Kerana semua kerja yang dilakukan oleh juruelektrik ini mematuhi semua kod yang terpakai serta keselamatan sistem yang digunakan terjamin.

5) Pastikan produk2 yang digunakan menepati lembaga piawaian kebangsaan contohnya spt SIRIM.

6) Jika berlaku guruh dilangit : Pastikan segala peralatan elektrik ditutup terlebih dahulu untuk mengelakkan lintar pintas. Serta elakkan berada dekat dengan barang berbesi untuk kurangkan risiko terkena kilat.

7) Gunakan suis pemutus untuk mengelakkan sebarang litar pintas di sebuah rumah. Kita sepatutnya mempunyai panel elektrik dengan saiz yang betul pemutus litar. Pemutus ini dipasang untuk memberi tindak balas kepada beberapa litar di dalam rumah yang dikawal oleh Kod Elektrik.

Semoga langkah2 pencegahan diatas turut membantu dalam mencegah kejadian litar pintas dan sikap berhati-hati amat penting dalam kita mengendalikan penggunaan barangan elektrik seharian kerana akibat dari kesan renjatan lintas pintas yang kuat ini mungkin mampu merosakan peralatan elektronik dan perkakas elektrik yang digunakan terutama amp, speaker dan sebagainya. Yang paling teruk akibat daripada litar pintas ini boleh melibatkan kebakaran besar, kematian serta turut juga memusnahkan dan merosakkan harta benda.

Sekian, coretan ChentaQasehMeraa kali ini -:)

Friday, 8 June 2012

Stamps Collection


Bercerita tentang hobi....Sume orang mesti ada hobi tersendirikan....Pelbagai kegiatan hobi yang boleh dilakukan seperti menjahit, menyulam, memasak, bermain badminton, mendengar radio, membaca, beriadah & dsbnya. Dengan adanya hobi maka dptlah masalah boring ini diatasi serta kekosongan waktu yg terluang  boleh dilakukan dengan perkara2 yg berfaedah.


Mengumpul SETEM...juga merupakan salah satu daripada hobi ChentaQasehMeraa..


Berikut adalah info berkenaan dengan setem untuk kita kongsikan.......


Penggunaan setem amatlah berkurangan dan terbatas dalam peredaran zaman yg serba serbi  Hi-Tech ini. Pesanan ringkas (SMS) dan e-mail tentu2 lah menjadi saluran berkomunikasi no 1.  Berbeza dengan zaman dahulu kala medium perhubungan utama kebanyakkan menggunakan surat sebagai talian untuk berkomunikasi.


Setiap setem ini pasti mempunyai "Keunikan" dan ada "Sentimental Value" nya tersendiri.... Kita boleh lihat dengan adanya setem keluaran edisi khas yg berkaitan dengan sejarah perkembangan dunia atau setem keluaran edisi kenang2an..Tujuannya adalah untuk memperingati sesuatu peristiwa mahupun memperingati jasa seseorang individu. Malahan terdapat juga setem keluaran dari pelbagai negara2 dan tidak ketinggalan juga ada setem yg bermotifkan serta mempunyai tema2 tertentu spt flora & fauna, reptilia & amfibia. Setem ini juga turut dihasilkan mengikut pelbagai bentuk saiz sama ada miniature sheet / stamps sheet berbeza (ada besar ataupun ada yg kecil).


Menyingkap sejarah bermulaannya penggunaan setem .......................


Setem pengeposan mula diperkenalkan di United Kingdom pada bulan Mei 1840 oleh Rowland Hill dari Great Britain yang telah berjaya mengemukakan kadar bayaran pos yang seragam. Setem ini dikenali sebagai Penny Black dan merupakan setem pertama di dunia untuk urusan pos.





Tersebut lah keessaahhh......


ChentaQasehMeraa mula tertarik dengan hobi untuk mengumpulkan setem ini apabila ex-colleagues ( masa keje kt Jln Ipoh dlu ) telah mempamirkan "STAMPS COLLECTION" milik peribadinya...Woowww2......teruja2.....ChentaQasehMeraa..........banyak tul lah stamps collection beliau nie....( boleh dibuat mini muzium setem gitu..kihkihkih...). Menurut beliau, hobi menggumpulkan setem ini telah bermula sejak dari zaman persekolahan sehingga lah di alam perkerjaan beliau...


Dari situlah ChentaQasehMeraa pun mula menanamkan minat untuk mengumpulkan setem. (Dalam hati berkata2 kot2 suatu hari nanti boleh dibuat rujukan ataupun koleksi untuk generasi akan datang....hehehehe... :)). Koleksi stamps ChentaQasehMeraa ini diperolehi dari surat2 yg diterima....Sebagai langkah permulaannya...ChentaQasehMeraa telah membeli buku stamps yg kecik. Setelah buku stamps kecik nie penuh diisi dgn setem2 barulah buku stamps yg besar ckit dibeli....



                                         

Sambil dok susunkan setem2 ini di dalam stamp book sempat gak ChentaQasehMeraa makan TIRAMISU ( nie beli kt Pulau Langkawi masa percutian ari tue ).... Susunkan stem & makan = 2 in 1 kata kan lah...tangan bekerja mulut lak asyik dok mengunyah...layannnnzzzzzzzzzz je laahhh...hehehe...
 





 
Tiramisu....Tiramisu


Taarrrraaa................


...................Dan inilah hasil "STAMPS COLLECTION CHENTAQASEHMERAA"................




























InsyaAllah nanti ada stamps yg menarik akan ChentaQasehMeraa paparkan dalam entry yg akan datang....:-)