2 October 2012 yang lalu pastinya ramai di antara kita di sekitar Lembah Klang berpeluang serta dapat menyaksikan satu lagi tanda kekuasaan Allah iaitu kejadian Lingkaran Halo.
Lebih kurang dalam pukul 12.20 tengah hari ChentaQasehMeraa menerima call dari adik ipar.
Adik Ipar : Kak, cuba g kt luar tgk langit..
ChentaQasehMeraa : Nape?
Adik Ipar : Cuba tengok pada matahari..Ada lingkaran pelangi disekelilingnya.
ChentaQasehMeraa : Dari dalam opis cuba gak tengok..Kot2 leh nampakkan..toleh kanan..toleh kiri..Tak der nmpak matahari pn.. (Dah tentu2 lah x nmpak kn matahari..Bukan nya pe ChentaQasehMeraa x nak g kt luar pn takut t bos turun x pasal2 kna warning lak kan..). So ChentaQasehMeraa suruh lah adik ipar tu amik gambar.
So nie lah gambar yang sempat adik ipar ChentaQasehMeraa snap tuk dikongsikan bersama blogger sumer..
Halo atau lingkaran halo merupakan lingkaran putih atau berwarna atau lingkaran pelangi yang mengelilingi di sekitar benda angkasa (misalnya bulan atau matahari).
Sumber BERNAMA : Menurut kenyataan Agensi Angkasa Negara (Angkasa), terdapat pelbagai jenis Halo secara umumnya muncul disebabkan kristal ais pada awan cirrus sejuk yang berada pada ketinggiaan lima hingga 10 kilometer di lapisan atas troposfera.
Ia bergantung pada bentuk dan arah kristal ais, cahaya matahari yang dipantul dan dibiaskan oleh permukaan ais berbentuk prisma sehingga sinaran matahari terpecah kepada beberapa warna kerana kesan sebaran udara dan dipantulkan ke arah tertentu, sama seperti kejadian pelangi.
Angkasa dalam kenyataannya dinasihatkan orang ramai agar berhati-hati apabila melihat atau merakamkan gambar Halo secara telus tanpa penurus matahari kerana ia memberi kesan yang merbahaya kepada mata.